Kerjaya kelab Karim_Benzema

Lyon

Kerjaya awal

Benzema memulakan kerjaya juniornya bersama sebuah kelab tempatan, Bron Terraillon SC ketika berusia 8 tahun. Di kelab itu, dia dipanggil Coco oleh rakan-rakannya. Setelah menjaringkan sebanyak dua gol semasa pertandingan kelompok umur di bawah 10 tahun menentang akademi Olympique Lyonnais, kelab itu mula tertarik terhadapnya.[10][11] Menurut Serge Santa Cruz, presiden Bron Terraillon saat itu, pegawai Lyon telah melawatnya untuk mengambil Benzema, dan ditolak oleh Santa Cruz.[12] Setelah berbincang dengan bapa Benzema, kelab itu membiarkan Benzema untuk masa percubaannya di Lyon. Setelah masa tersebut, Benzema rasmi berjersi Lyon dan masuk ke kelab akademi tersebut semasa berusia sembilan tahun.[13]

Benzema dengan cepat menyesuaikan diri di kelab tersebut. Dia menjadi anak gol dalam perlawanan-perlawanan pasukan senior Lyon dan berkembang dengan sangat pesat di sekolah, menjadi seorang pelajar yang "bijak dan penuh hormat".[12][14] Pada peringkat di bawah 16 tahun, Benzema menjaringkan 38 gol dalam Championnat National des 16 ans, sebuah pertandingan domestik untuk pemain bola sepak yang berusia di bawah umur 16 tahun.[15] Setelah musim 2004–05, dia dinaikkan pangkat ke pasukan simpanan yang bermain di Championnat de France amateur, bahagian keempat di sistem liga Perancis. Walaupun hanya bermain dengan pasukan tersebut pada musim luruh, dia menjaringkan 10 gol dan pasukan tersebut menjadi juara kedua pada kedudukan kumpulan.[16]

2004-07

Benzema telah dipanggil ke pasukan senior Lyon oleh pengurus Paul Le Guen pada separuh musim. Seperti tradisi bertahun-tahun di Lyon, si pemain baru harus berdiri dan berkata kepada rakan sepasukan yang lain, ketika itu seperti Michael Essien, Sylvain Wiltord, Florent Malouda dan Eric Abidal.[17] Ketika berkata, Benzema digelakkan, dan membuatnya berkata, "Jangan gelak, saya disini untuk mengambil tempat anda semua." Dia seterusnya menjaringkan debut pada 15 Januari 2005, menggantikan Pierre-Alain Frau. Lyon menang 2-0 dan Benzema memulakan terjadinya gol kedua yang dijaringkan oleh Bryan Bergougnox.[11][18] Lima hari kemudian, ia menandatangani kontrak profesional pertamanya selama tiga tahun.[19] Setelah tiga kali lagi menjadi pemain pengganti, pada 2 April, Benzema menjadi permulaan pertama kalinya dalam kemenangan 1-0 menentang Lens.[20] Dia mengakhiri musim tersebut dengan kenangan manis: Lyon memenangi gelaran juara liga keempat berturut-turut.

Benzema memulakan musim 2005-06 dibawah pelatih baru, Gérard Houllier. Dibawah Houllier, Benzema harus berjuang keras untuk mengambil kedudukan penyerang utama, dengan kehadiran penyerang Brazil, Fred, dan juga Wiltord. Dia muncul dalam perlawanan pertamanya musim itu dengan sebuah kemenangan kumpulan atas Rennes, muncul sebagai pemain pengganti.[21] Pada 6 Disember, dia muncul buat pertama kalinya di Liga Champions UEFA dalam perlawanan fasa kumpulan Lyon menentang kelab Norway, Rosenborg. Dia berjaya menjaringkan gol profesional pertamanya, dan Lyon menang 2-1.[22] Sebulan kemudian, dia menjaringkan sebanyak dua gol pertamanya, dalam pertandingan Piala Perancis keatas Grenoble.[23] Pada 4 Mac 2006, Benzema menjaringkan gol pertamanya di liga, dalam kemenangan 3-1 atas Ajaccio.[24]

Benzema mula mendapat bahagian bermain lebih kerap dalam musim berikutnya, dan menjaringkan gol lewat sepakan penalti di perlawanan Trophée des champions 2006 menentang Paris Saint-Germain, dimana Lyon menang 5-4 melalui sepakan penalti.[25] Benzema memulakan musimnya dengan menjaringkan gol pertama kumpulan di dalam liga menentang Nantes.[26] Tiga minggu kemudian, pada 26 Ogos 2006, Benzema muncul sebagai pengganti dan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 di sangkar Nice.[27] Dia juga berjaya menjaringkan dua gol dalam acara Liga Juara-Juara menentang kelab Ukraine, Dynamo Kyiv dan juara Romania, Steaua Bucureşti.[28][29] Setelah muncul reguler, pada 10 November, dia cedera selama tiga bulan, baru boleh kembali lagi pada Februari 2007.[30] Namun begitu, dia baru boleh menjaringkan gol lagi ke gol Nantes di laga terakhir musim dan Lyon kembali juara liga untuk kali keenam berturut-turut.[31]

Zaman kegemilangan

Pada musim 2007-08, disebabkan pemain seperti Florent Malouda, John Carew dan Sylvain Wiltord meninggalkan Lyon, Benzema, walaupun baru berusia 19 tahun ketika itu, diserahkan nombor belakang 10 dan dijadikan penyerang utama. Selepas hubungan yang baik dengan pengurus baru, Alain Perrin, dia membalasnya dengan 31 gol dari 51 perlawanan. Dia menerajui kedudukan penjaring terbanyak Ligue 1 dengan 20 gol, empat gol di Liga Juara-Juara, satu di Piala Liga, dan enam gol dari enam perlawanan Piala Perancis, membawa Lyon menjuarai "Double" pertamanya.[32] Beberapa penampilannya yang luar biasa semasa musim itu antara lain hat-trick ke gol Metz pada 15 September,[33] gol penyama kedudukan pada minit ke-90 melalui tendangan bebas dalam perlawanan Derby du Rhône menentang Saint-Étienne[34] dan sebuah gol ke gol Lens yang dinobatkan sebagai gol terbaik musim tersebut oleh para penyokong.[35]

Dalam Liga Champions, Benzema menjaringkan dua gol ke gawang Rangers di Ibrox pada perlawanan terakhir fasa kumpulan. Kemenangan 3-0 membuatkan Lyon melayakkan diri ke fasa gugur.[36] Dalam fasa tersebut, mereka bertemu Manchester United, dan Benzema terus menjaringkan gol, kali ini dari luar kotak penalti pada pertandingan pusingan pertama yang berakhir seri 1-1,[37] dan United pada akhirnya berjaya melayakkan diri ke pusingan berikutnya dengan agregat 2-1. Sir Alex Ferguson memuji persembahan Benzema,[38] tetapi kemudian, Presiden Lyon, Jean Michel-Aulas mendakwa Ferguson mencuba mengambil Benzema.[39][40]

Pada 13 Mac 2008, Benzema memanjangkan kontraknya di Lyon sehingga tahun 2013 dengan pilihan pembaharuan satu tahun.[41] Setelah menandatangani kontrak barunya, Benzema menjadi pemain dengan gaji tertinggi di Perancis.[42] Disebabkan persembahannya pada musim tersebut, dia memenangi gelaran Pemain Terbaik Ligue 1, terpilih ke Pasukan Terbaik, dan memenangi Trophée du Meilleur Buteur kerana menjadi penjaring gol terbanyak dalam liga.[43][44] Dia juga masuk pencalonan Ballon d'Or pada tahun 2008 oleh majalah sukan Perancis, France Football.[45] Anugerah tersebut akhirnya dimenangi oleh Cristiano Ronaldo.

2008-09

Benzema memulakan musim baru dengan menjaringkan dua gol ke gawang Toulouse di perlawanan pertama.[46] Tiga minggu kemudian, dia menjaringkan gol menentang saingan sesama Rhône-Alpes, Grenoble,[47] dan Saint-Étienne,[48] dan menjaringkan sebuah gol menentang Nice, yang dia lakukan melalui tendangan penalti pada minit-minit terakhir.[49] Lyon memenangi semua perlawanan tersebut. Disebabkan itulah, presiden Aulas menolak semua tawaran pemindahan daripada pasukan besar dan memasang harga 100 juta euro untuknya. Dia juga menjadi model sampul versi Perancis untul permainan video FIFA 2009, bersama Franck Ribéry.[50]

Benzema dalam sesi latihan Lyon

Dia menjaringkan gol ketujuh pada 29 Oktober, dalam sebuah kemenangan 2-0 ke atas Sochaux. Dia kembali menjaringkan gol dalam perlawann selanjutnya menentang Le Mans.[51] Dia adalah salah satu penjaring gol terbanyak di fasa kumpulan Liga Champions UEFA 2008-09 dengan samaran lima gol[52], terdiri atas dua gol menentang Steaua Bucureşti,[53] dua gol daripada dua perlawanan menentang Fiorentina,[54][55] dan sebuah gol menentang Bayern Munich dalam perlawanan terakhir.[56]

Setelah berhentinya musim sejuk, Benzema tidak menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama sebelum kemudian menjaringkan gol kesebelas dalam musim tersebut menentang Nice, dimana mereka menang sebanyak 3-1.[57] Dia kembali menjaringkan gol dua minggu kemudian menentang Nancy dalam kemenangan 2-0.[58] Sembilan pertandingan seterusnya, persembahan Benzema (dan Lyon) jatuh bebas (kalah empat kali, seri tiga kali dan hanya menang dua kali), dan Benzema hanya boleh menjaringkan dua gol dari sembilan perlawanan tersebut. Persembahan buruk tersebut membuatkan Lyon kehilangan tempat di puncak kedudukan dan tersisih daripada untuk memburu gelaran juara, dan kemudian mengakhiri rekod juara 7 kali berturut-turut,[59] dimana Benzema turut memenangi empat gelaran.

Real Madrid

2009-10

Pada 1 Julai 2009, Lyon mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan kelab Sepanyol, Real Madrid, mengenai Benzema. Pertukaran tersebut bernilai €35 juta, namun nilainya boleh bertambah sehingga €41 dengan adanya insentif.[60] Pada 9 Julai, Benzema berjaya melalui ujian perubatan dan pada petang harinya menandatangani kontrak sepanjang enam tahun.[61] Dia diperkenalkan secara rasmi pada malam itu di Stadium Santiago Bernabéu, sama seperti para rekrutan baru seperti Kaká dan Cristiano Ronaldo.[62] Benzema menjalani debutnya pada 20 Julai dalam pertandingan pramusim menentang pasukan Republik Ireland, Shamrock Rovers di Dublin, muncul sebagai pemain pengganti semasa henti.[63] Dia menjaringkan satu-satunya gol di perlawanan tersebut, pada minit ke-87.[64] Pada 24 Ogos, Benzema menjaringkan dua gol ke gawang kelab Norway, Rosenborg, dalam acara Trofi Santiago Bernabeu, dimana Madrid menang 4-0.[65]

Benzema muncul untuk pertama kalinya di La Liga untuk Madrid pada 29 Ogos 2009 menentang Deportivo de La Coruña. Dia menjadi permulaan, tetapi digantikan pada babak kedua dan Madrid menang 3-2.[66] Sebulan kemudian, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Madrid dalam kemenangan 5-0 atas Xerez.[67] Setelah tidak diturunkan dalam perlawanannya tengah minggu melawan Villarreal, dia menjaringkan dua gol pertamanya untuk Los Blancos dalam kemenangan kandang 3-0 atas Tenerife pada akhir minggu.[68] Dia muncul sebagai pemain Madrid di Liga Champions UEFA pertama kalinya pada 30 September, menentang pasukan Perancis, Olympique de Marseille,[69] dan dalam perlawanan tersebut, ia memberi "assist" untuk gol Cristiano Ronaldo.[70] Setelah gagal menjaringkan gol sepanjang Oktober, dia menembusi gol Milan dalam perlawanan perdana Madrid pada bulan November di Liga Juara-Juara. Golnya kemudian dibalas sepakan penalti Ronaldinho.[71] Pada 7 November, di El Derbi madrileño, ia memberi "assist" untuk Marcelo, dan Madrid menang 3-2.[72]

Pada akhir November, Benzema mula jarang muncul sebagai permulaan disebabkan pengurus Manuel Pellegrini lebih memilih Gonzalo Higuaín sebagai penyerang utama. Media Sepanyol juga mengkritiknya disebabkan persembahannya yang menjunam, serta kesukaran menyesuaikan di negara tersebut akibat dia belum mula belajar bahasa Sepanyol.[73][74] Ia bahkan disebut sebagai "Anelka baru" oleh akhbar Sepanyol Marca.[75] Benzema dibela oleh kompatriotnya, Zidane, yang mengatakan "setelah 2 bulan, saya juga dikritik" dan Benzema adalah seorang "pemain bertalenta dan pemain bertalenta di Madrid harus jadi seorang pemenang".[76]

Pada 5 Disember, Benzema muncul sebagai pengganti untuk Rafael van der Vaart dan menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan gemilang 6-0 atas Almería.[77] Seusai pertandingan, dia bertindak balas kritikan terhadapnya dengan mengatakan "Saya sudah berintegrasi penuh di sini dan sangat bahagia" dan "Ya, saya sudah meningkatkan penyesuaian saya. Saya mempunyai rumah baru dan saya belajar bahasa Sepanyol."[78] Setelah hampir sebulan di bangku cadangan, Benzema menjadi starter bersama Higuain di pertandingan tandang menentang Valencia pada 12 Disember dan memberi umpan untuk salah satu dari dua gol Higuaian.[79] Seminggu kemudian, dia kembali ke bangku cadangan. Pada ulang tahunnya ke-22, dia menjaringkan gol dalam perlawanan kandang, dan Madrid menang 6-0 atas Real Zaragoza.[80][81] Disebabkan Higuain lebih banyak cedera pada awal Januari 2010, Pellegrini memutuskan untuk mengembalikan Benzema ke starting lineup.[82] Setelah gagal menjaringkan gol di dua perlawanan awal, dia langsung menjaringkan dua gol atas Deportivo pada 30 Januari, dimana Madrid menang 1-3 di kandang lawan[83][84] . Setelah Higuain kembali, Benzema kembali turun ke bangku cadangan dan mengakhiri musim dengan muncul sebanyak lapan kali berturut-turut sebagai pengganti.

2010-11

Benzema bermain dalam sebuah pertandingan liga melawan Villarreal.

Pada awal musim, Benzema mendapat sarung nombor sembilan dan José Mourinho menjadi pelatih baru El Real. Pada awalnya Benzema tidak membuatkan Mou terkesan, dan hero Portugal itu berkata kepada para wartawan bahwa "Benzema harus faham baahwa talentanya luar biasa, tetapi itu sahaja tidak cukup," dan bahawa "Madrid memerlukan seorang penyerang yang luar biasa, bukan yang lesu."[85] Ucapan Mourinho kemudian dibalas oleh pelatih Perancis, Laurent Blanc yang menganggap Benzema "tidak terbiasa bekerja keras."[86] Blanc juga menyarankan Benzema untuk menurunkan berat badannya untuk mempermudah permainannya.[87]

Karena Mourinho lebih memilih Ronaldo dan Higuain sebagai penyerang utama,[86] Benzema memulakan musimnya sebagai pengganti di perlawanan pembuka musim menentang Mallorca.[88] Setelah berhenti antarabangsa pada September, dia muncul buat pertama kali sebagai starter menentang Osasuna, dimana Madrid menang 1-0.[89] Pada 21 September, Benzema muncul sebagai pengganti dan menjaringkan gol pertamanya musim itu dalam kemenangan kandang 3-0 atas Espanyol.[90] Setelah itu, si striker gagal menjaringkan satu gol pun selama hampir dua bulan. Dia memberi assist dua kali berturut-turut pada perlawanan menentang Hércules di liga dan Milan di Liga Champions.[91][92]

Benzema merayakan gol melawan Espanyol.

Pada 10 November, Benzema menjarangkan gol keduanya musim itu menjaringkan Real Murcia di Piala Raja.[93] Pada akhir November, Benzema mula menembusi pasukan teras setelah Higuain mengalami cedera punggung dan pasukankekurangan penyerang senior. Pada perlawanan pertamanya setelah menyertai pasukan teras secara tetap, dia menjaringkan gol pertama di Liga Champions menentang kelab Belanda, Ajax.[94] Di perlawanan terakhir fasa kumpulan menentang perwakilan Perancis, Auxerre, dia mencetak hat-trick pertamanya, dimana pasukan Mourinho menang 4-0. Gol pertama dalam perlawanan tersebut adalah gol ke-300 Madrid di era Liga Champions.[95][96] Dua minggu kemudian, Benzema menjaringkan hat-trick lagi, dalam kemenangan besar 8-0 atas Levante di Copa.[97] Pada perlawanan perdana pasukan pada tahun 2011, dia memberi umpan atas gol pertama pasukan yang dijaringkan Ronaldo dalam kemenangan 3-2 atas Getafe.[98] Pada akhir Januari, buat pertama kali dalam kerjayanya dalam Real Madrid, Benzema menjaringkan gol secara berturut-turut. Pada 23 Januari, dia menjaringkan gol semata wayang di kandang melawat Mallorca. Tiga hari kemudian, Benzema mengulanginya kembali dengan menjaringkan gol satu-satunya di perlawanan pusingan pertama semi-final Copa menentangSevilla.[99] Madrid kemudian menuju ke akhir Copa del Rey ke-37 sepanjang sejarah mereka setelah menewaskan Sevilla 2-0 di leg kedua.[100]

Dengan kedatangan penyerang pinjaman, Emmanuel Adebayor, Benzema tidak diturunkan di dua perlawanan liga berturut-turut pada Februari 2011. Dia kembali ke pasukan teras pada 19 Februari dan sebuah momentum emas terjadi: ia mencetak sepuluh gol dari lapan perlawanan, termasuk dua gol di tiga perlawanan berturut-turut kontra Malaga, Racing Santander dan Hercules, dan sebuah gol ke bekas kelabnya, Lyon, di babak 16 besar Liga Champions.[101][102][103]Gol keburukan bekas pasukannya itu adalah gol ke-100 sepanjang kerjaya profesionalnya, dan juga gol pertama Real Madrid dalam Stade de Gerland selama enam tahun, walaupun begitu, dia tidak merayakan golnya untuk menghormati bekas kelabnya.[104]

Pada 19 Mac, dia menjaringkan gol pembuka di El Derbi madrileño, dimana Real Madrid menang 2-1.[105] Walaupun menunjukkan persembahan yang bagus, Benzema hanya muncul sekali dari empat perlawanan El Clásico menentang Barcelona, dimana kedua pasukan bertemu dua kali di liga, final Copa del Rey dan fasa gugur Liga Champions. Di antara pertemuan tersebut, pada 23 April 2011, dia menjaringkan gol dan memberi assist kepada gol lain dalam kemenangan 6-3 atas Valencia.[106] Pada 30 April, dia menjaringkan gol semasa Madrid menang 3-2 dari Real Zaragoza.[107] Itu adalah satu-satunya pertandingan dimana Real Madrid kalah semasa Benzema menjaringkan gol. Untuk menutup musimnya, dia menjaringkan dua gol dalam kemenangan besar 8-1 atas Almería.[108] Dia mengakhiri musimnya sebagai penjaring gol kedua terbanyak di pasukan setelah Ronaldo dengan 26 gol dan Madrid menjuarai Piala Raja, memberi Benzema piala pertamanya di Madrid.[109] Untuk penampilannya yang memukau, terutama di paruh kedua musim, Benzema dipuji Mourinho, dan juga pejabat-pejabat tinggi kelab seperti Florentino Pérez dan Emilio Butragueño, dan juga pelatih pasukan kebangsaan, Laurent Blanc.[110][111][112]

2011-12

Benzema sebelum laga pada 2012.

Sebelum bermulanya musim 2011-12, Benzema, setelah dinasihati para kompatriotnya seperti Blanc dan Zidane,[113][114] pergi ke Merano di Itali untuk menjalani perubatan untuk mengurangkan berat badannya.[115] Misi tersbebut berjaya setelah si penyerang tiba di latihan pra-musim dengan berat badan 8 kilogram (18 lb) lebih ringan.[115] Di klinik tersebut, dia juga menjalani latihan fizik untuk menambah jisim ototnya.[115] Benzema muncul memukau di pramusim, menjaringkan lapan gol daripada tujuh perlawanan.[116] Persembahannya semasa pra-musim membuatkan Mourinho menunjuknya sebagai penyerang utama untuk musim baru. Lelaki Portugal itu kemudian dipuji disebabkan perubahan persembahan Benzema,[117] tetapi menolaknya dan justeru memuji si pemain sendiri.[118]

Benzema memulakan musimnya di pusingan pertama Piala Super Sepanyol 2011 menentang Barcelona. Di perlawanan tersebut, dia menjadi starter dan memberi umpan untuk gol pembuka yang dijaringkan Mesut Özil.[119] Di pusingan kedua, dengan Madrid tertinggal agregat 4-3, Benzema menjaringkan gol penyama kedudukan untuk menjadikan skor 4-4. Walaupun begitu, enam minit kemudian, gol Lionel Messi membuatkan Barcelona memastikan diri menjuarai trofi.[120] Benzema muncul buat pertama kali di liga dalam kemenangan lawan 6-0 atas Real Zaragoza.[121] Dalam pertandingan liga dua pekan kemudian, ia mencetak dwigol ke gawang Getafe, memberi Madrid kemenangan 4-2.[122] Setelah gagal menjaringkan gol dalam tiga pertandingan liga berturut-turut, dia kembali menembusi gol lawan di Rayo Vallecano, dan Madrid menang 4-2.[123] Saat pertandingan penentuan melawan Ajax di Liga Champions, Benzema menjaringkan gol ketiga Madrid dalam kemenangan 3-0 di kandang.[124] Dia juga memberi umpan untuk gol pembuka yang disarangkan Ronaldo.[125] Di perjuangan Liga Champions berikutnya menentang Lyon, dia kembali menjaringkan gol pembuka, dan memberi umpan untuk gol kedua Sami Khedira,[126] dan Madrid menang 4-0.[127]

Benzema berlatih menjelang laga Liga Champions

Pada November 2011, Benzema menjaringkan lima gol: tiga di liga dan dua di Eropah. Di liga, dia menjaringkan tiga gol dalam kemenangan ke atas Osasuna dan Valencia, dan menjaringkan dua gol di perlawanan fasa kumpulan Liga Champions menentang pasukan Croatia, Dinamo Zagreb.[128][129][130] Pada 10 Disember 2011, Benzema menjaringkan gol pembuka di pelawanan El Clasico menentang Barcelona, yang berakhir dengan kekalahan pasukan ibu kota 3-1.[131] Gol tersebut, dijaringkan hanya 21 saat setelah sepakan mula, adalah gol paling cepat yang terjadi diantara dua gergasi Sepanyol itu.[132] Tiga hari setelah gol pemecah rekornya itu, untuk permainannya sepanjang 2011, Benzema menerima penghargaan Pemain Terbaik Perancis versi France Football, mengalahkan pertahanan Barcelona, Éric Abidal dan penjaga gol Lyon, Hugo Lloris.[133] Dia menjadi pemain Perancis kedua yang bermain di Sepanyol dan memenanginya, dan juga pemain Real Madrid kedua yang memenangi penghargaan ini. Zidane adalah orang pertama yang menerima dua penghargaan di atas. Benzema sangat gembira dengan kemenangannya, mengatakan "Sebuah kehormatan besar untuk memenangi sebuah anugerah individual. Ketika saya melihat pemenang-pemenang sebelumnya - Zidane, Henry dan pemain besar lainnya - itu membuat saya sangat bangga untuk bergabung bersama mereka."[134] Di perlawanan pasukan selanjutnya setelah memenangi pernghargaan itu, dia memberi umpan di dua gol dalam kemenangan 6-2 atas Sevilla.[135]

Benzema membuka tahun 2012 dengan persembahan hebat. Dia menjaringkan gol ke atas Granada dan Malaga[136] di Copa del Rey, di setiap pusingan di babak 16 besar.[137][138] Kemenangan 4-2 membuat Madrid melaju ke suku akhir menghadapi Barcelona. Setelah gagal menjaringkan gol di pusingan pertama, dimana kelab Catalonia itu unggul 2-1,[139] Benzema menjaringkan gol di pusingan kedua pada 25 Januari 2012, tetapi Madrid kalah agregat 4-3.[140] Pada 12 Februari, Benzema mencetak gol menentang Levante.[141] Sepekan kemudian, dia mencetak dua gol di perlawanan yang berakhir kemenangan 4-0 atas Racing Santander.[142] Pada 24 Mac, dia menjaringkan dua gol ke atas Real Sociedad.[143] Dua gol tersebut menjadikannya penjaring gol terbanyak asal Perancis di La Liga, melewati rekor Zidane.[144] Tiga hari kemudian, dia menjaringkan dua gol di kemenangan 3-0 atas kelab Cyprus, APOEL Nicosia dalam suku akhir Liga Champions.[145] Pada 29 April, Benzema bermain sangat bijak, dua gol dan satu umpan berbuah gol lain ke gawang Sevilla.[146] Dua gol tersebut kali ketujuh di La Liga dan membuatkan Madrid semakin dekat dengan gelaran Primera pertama setelah empat tahun. Los Blancos memastikan diri menjadi juara liga ke-32 pada saat selanjutnya, menang 3-0 ke atas Athletic Bilbao,[147] dimana Benzema muncul sebagai pemain pengganti di perlawanan tersebut.[148]

2012-13

Pada pertandingan pertama Liga Champions, Benzema menjaringkan gol penyama kedudukan menentang Manchester City dalam kemenangan kandang 3-2. Pada 4 Oktober 2012, dia menjaringkan gol salto di dalam kotak penalti melawan Ajax Amsterdam dalam kemenangan 4-1 di Amsterdam.[149]

Rujukan

WikiPedia: Karim_Benzema http://www.theage.com.au/sport/soccer/fat-chance-2... http://www.411mania.com/games/news/86471/%5BMulti%... http://en.afrik.com/article12840.html http://www.benzema.com/ http://www.chicagotribune.com/sports/sns-rt-uk-soc... http://sportsillustrated.cnn.com/2008/soccer/10/20... http://www.djazairess.com/fr/elwatan/94450 http://www.djazairess.com/fr/infosoir/57077 http://www.espnstar.com/football/primera-liga/news... http://fr.fifa.com/worldfootball/clubfootball/news...